Enigma

Login Form



Who's Online

We have 28 guests online

Setelah mendapat pengesahan dari pihak penganjur, maka disini diturunkan beberapa panduan perjalanan untuk ke Konsert Double Trouble pada 1Mei nanti. Panduan ini sebagai rujukan kepada penonton yang akan datang demi untuk keselesaan bersama dan agar masalah-masalah yang berlaku pada konsert-konsert sebelum ini tidak berulang.

1. Pihak Polis telahpun memberi amaran agar penonton yang akan datang ke konsert nanti untuk tidak meletakkan kereta dbahu - bahu jalan atau menghadapi tindakan saman / tunda kereta. Pihak pengendali Lebuh Raya Sprint akan bekerjasama dengan Polis untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

2. Pihak penganjur dengan kerjasama RapidKL akan menyediakan bas "feeder" yang akan berlepas dari 3 "checkpoint" utama iaitu Bangsar LRT, Amcorp Mall (stesen LRT Taman Jaya) dan Pusat Bandar Damansara. Pengunjung boleh menaiki bas dari checkpoint tersebut dan ianya PERCUMA. Bas akan berlepas dengan kekerapan setiap 20 minit dan perkhidmatan bas akan bermula untuk ke venue konsert bermula jam 5 petang. Perkhidmatan bas untuk pulang ke checkpoint pula akan bermula mulai jam 10 malam. Sila perhatikan bas RAPIDKL yang mempamerkan poster konsert Double Trouble 2010.

3. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, tempat meletak kereta yang terdekat dengan venue konsert adalah di perkarangan Stadium Juara. Lokasi Stadium Juara adalah bersebelahan dengan KLGCC (Kuala Lumpur Golf & Country Club), bertentangan dengan INTAN Bukit Kiara. Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di situ dan kemudian menaiki bas ke venue konsert. Bas 'feeder" akan melalui Stadium Juara

Semoga panduan yang diberikan akan memudahkan kita semua untuk menikmati konsert dengan aman dan selesa tanpa perlu memikirkan tentang masalah kesesakan yang perlu diharungi selepas berakhirnya konsert nanti.

Selamat berhibur!

"Orang Kita Ada Di Mana-Mana Sahaja" sebelum ke venue konsert.


 
Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak penganjur Konset Double Trouble iaitu Adeptnet Sdn Bhd yang bakal berlangsung 1.5.2010 ini

 

 

Read more...