Click on the slide!

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Login Form



Who's Online

We have 54 guests online

Bertempat di Planet Hollywood, WINGS menjemput para wartawan bagi menyebarkan rancangan mereka untuk mengadakan persembahan sempena 21 tahun pembabitan WINGS dalam dunia seni di tanahair. Turut dijemput rakan-rakan artis yang turut akan berkongsi pentas dengan WINGS memberikan persembahan mantap mereka.








Sempena dengan ulangtahun WINGS yang ke 21 tahun, Planet Hollywood dengan berbesar hati mengadakan 2 slot showcase WINGS pada 18 May 2008 dan 25 May 2008. Dan dengan itu, mereka telah mengadakan satu sidang media untuk wartawan tempatan bagi menghebahkan acara yang meriah ini. Kesemua anggota WINGS telah menghadirkan diri disamping artis-artis jemputan yang turut akan bersama-sama dengan WINGS pada malam showcase tersebut menghiburkan peminat semua. Antara artis yang hadir ialah KID (ex-SEARCH) dan HATTAN. Manakala artis yang lain seperti ITO (BLUES GANG) dan HILLARY (SEARCH) tidak dapat menghadirkan diri pada sidang media tersebut.

WINGS juga tidak lupa menjemput bekas anggotanya untuk bersama-sama menjayakan showcase ini. SHAM, JOJET, MEL dan MUS turut hadir di dalam sidang media ini. Jelas dengan kehadiran kesemua bekas anggota WINGS itu menunjukkan keakraban mereka walaupun sudah tidak bersama lagi didalam satu band. Hubungan mereka sudah seperti adik-beradik dan dilihat saling bergelak ketawa sesama sendiri.

SHAM sebagai salah seorang line-up untuk album pertama WINGS, Belenggu Irama sekarang amat aktif bersama bandnya sendiri yang bernama SKYHIGH. Giat bermain di kelab terkemuka di Malaysia, beliau juga merupakan antara komposer untuk beberapa buah lagu didalam Belenggu Irama.

Manakala JOJET pula sekarang sudah menetap di Kuang, Selangor dan masih lagi aktif bermain muzik. Pemain drum ini menggantikan BLACK satu ketika dulu membuat penampilan pertamanya dengan WINGS sewaktu mereka menjuarai Persembahan Terbaik di Juara Lagu 90. Kemudian merakamkan album pertama beliau bersama WINGS yang berjudul  Jerangkung Dalam Almari, JOJET semakin diterima dikalangan peminat WINGS yang sebelum ini sudah sebati dengan hentaman padu daripada BLACK. Namun JOJET terpaksa mengundurkan diri sewaktu WINGS ingin merakamkan album Orang Asing.

Seorang penyanyi yang sebelum ini tidak pernah diketahui umum dan tiba-tiba melonjak namanya sebagai penyanyi kumpulan lagenda ini, MEL. Suara yang mirip suara lagenda 70'an, A. Romzi, membuatkan WINGS tidak teragak-agak untuk menjemput MEL menjadi penyanyi utama mereka ketika itu. Sekarang sudah pun melibatkan diri dengan aktiviti keugamaan, kehadiran MEL jelas tidak menunjukkan adanya sempadan diantara WINGS dengan dirinya. Walaupun hanya sempat merakamkan satu album sahaja, namun lagu-lagu nyanyian MEL bersama WINGS dalam album "Orang Asing" masih lagi kedengaran di corong-corong radio hingga kini.

Seorang lagi penyanyi WINGS yang cukup dikenali, MUS juga hadir pada sidang media tersebut. Antara penyanyi yang mempunyai pitching yang tinggi di Malaysia, MUS memang mudah serasi dengan muzik WINGS. Tidak hairan kenapa album WINGS ketika MUS menjadi penyanyi utama mereka mendapat sambutan yang hangat ketika itu.

Kehadiran rakan-rakan artis menunjukkan penglibatan WINGS di dunia seni tanahair amat banyak memberi impak bukan sahaja kepada peminat malah rakan-rakan seperjuan mereka sendiri. Dan sempena ulangtahun yang ke 21 ini, tidak salahlah WINGS menjemput mereka bersama memeriahkan showcase di Planet Hollywood ini.