Click on the slide!

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Bermula pada tahun 1985 dan terus unggul sehingga sekarang, Wings tidak pernah ‘berkubur’ malah hanya barisan penggempurnya sahaja yang sering bertukar ganti.  Bagi meraikan ulangtahun ke 30 penubuhannya Wings turut mengajak para peminat untuk berkongsi ‘kegemilangannya’ dengan mengadakan sebuah konsert di Stadium Merdeka pada 31 Oktober nanti.

Melungsuri setiap detik suka duka Awie turut mengakui bahawa keluarnya beliau dari Wings satu ketika dahulu menjadi pengajaran besar buatnya.  Beliau yang membesar bersama jenama itu seolah-olah terdapatnya ruang kosong sewaktu bergerak secara solo.

Beliau seakan serik untuk melakukan hal sedemikian malah demi masa gemilang Wings untuk waktu mendatang biarlah beliau mengambil sikap berdiam diri.  Kenyataan ini di luahkan ketika ditemui di sambutan ulang tahun ke-30 Wings di Swiss Garden Residences, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Awie, dia berbangga dengan pencapaian Wings kerana berada pada satu tahap yang membanggakan dan masih relevan selepas 30 tahun dalam persada muzik tempatan.

"Alhamdulillah Wings hingga kini masih lagi diterima baik oleh peminat muzik tempatan. Saya anggap setiap ahli Wings seperti keluarga saya sendiri.  Malah kami sentiasa saling memerlukan di antara satu sama lain”, ujarnya

Awie turut meluahkan rasa terujanya menjelang Konsert 30 Tahun Wings yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini. Konsert bertemakan rock and roll itu bakal dimeriahkan oleh barisan artis popular tempatan.

"Buat masa ini saya belum dapat mengesahkan lagi barisan artis yang bakal membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu Wings. Namun, saya terharu kerana ramai artis yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada konsert itu nanti.

"Malah, penunggang motosikal berkuasa besar dari seluruh negeri memaklumkan mereka akan turun padang bagi menyaksikan konsert itu nanti. Kami akan memberikan yang terbaik dan tidak akan menghampakan peminat yang datang dari jauh," katanya.

Di majlis tersebut juga, Wings turut menjemput bekas ahli kumpulan mereka yang pernah dahulu menjadi sebahagian legasi kumpulan ini antaranya Syam, Mel, Mus dan Jojet untuk bersama-sama menyambut ulang tahun ke 30 kumpulan tersebut

Bagi para peminat yang berada di luar Kuala Lumpur, anda tidak perlu risau mengenai penginapan kerana Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur merupakan penaja rasmi penginapan untuk 'Konsert 30 Tahun Wings' ini.  Pihak hotel turut menawarkan pakej penginapan serta tiket konsert kepada para peminat dengan harga yang sangat istimewa.  Sila layari www.swissgarden.com/wingspackageuntuk maklumat lanjut.

Harga tiket bagi menyaksikan konsert itu adalah RM48, RM85 dan RM285. Tiket boleh dibeli secara online bermula 24 Ogos lalu melalui lamanwww.ticketholine.com.myMaklumat lanjut mengenai konsert itu juga tersedia menerusi laman sesawang www.sayap2wings.com.


Sumber Dari : ME Portal