Click on the slide!

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Wings, Konsert 30 Tahun Wings, Malaysia, Band, Rock, Awie, Malaysia, Konsert,
'KONSERT 30 TAHUN WINGS' BAKAL GEGAR STADIUM MERDEKA
Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 1 Oktober 2015


Berita baik buat para penggemar kumpulan rock legenda tanah air, Wings. Mereka akan mengadakan 'Konsert 30 Tahun Wings' pada 31 Oktober akan datang bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai perancangan mereka untuk konsert yang bakal berlangsung tidak sampai sebulan lagi, vokalisnya, Awie memaklumkan bahawa mereka akan mempersembahkan 30 buah lagu hit yang pernah menjadi siulan para peminat Wings.

"Kami akan mempersembahkan 30 buah lagu. Namun begitu, pemilihan lagu masih dalam perbincangan. Selain daripada itu, kami juga akan turut mempersembahkan beberapa artis lain yang akan menyanyikan lagu-lagu Wings," katanya ketika ditemui di majlis ulang tahun ke-30 Wings semalam.

Baca: 30 Tahun Bersama, Awie Doakan Wings Terus Utuh

Antara nama-nama besar yang akan terlibat pada 'Konsert 30 Tahun Wings' adalah Edry Hashim, Jaclyn Victor, dan ramai lagi. Namun begitu, pihak mereka akan menyusun atur pergerakan masa konsert tersebut mengikut kesesuaian.

Menurut Awie lagi, 'Konsert 30 Tahun Wings' yang bakal berlangsung itu juga merupakan sebuah keraian dan dibahagikan kepada beberapa segmen.

"Ia lebih kepada celebration. Di sebelah petangnya, para buskers akan diberi peluang untuk membuat persembahan. Di sebelah malamnya, kami akan memulakan dengan persembahan lagu-lagu nostalgia dan seterusnya segmen tribute yang akan melibatkan beberapa nama besar lain seperti Datuk Ramli Sarip," tambah Awie lagi.

Baca: Konsert Wings 'Menakluk Kosmos' Bakal Gegar 3 Lokasi

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh dibeli secara atas talian bermula pada 24 Ogos lalu menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Selain daripada itu, para peminat juga boleh membeli tiket menerusi agen-agen yang telah dilantik di sepanjang 'Jelajah Kembara Wings' ke setiap negeri.

Harga tiket untuk mereka yang berstatus pelajar adalah RM48, manakala untuk tempat duduk bebas adalah RM85. Untuk Rock Zone pula, harga tiketnya adalah RM285.

Bagi para peminat yang berada di luar Kuala Lumpur, anda tidak perlu risau mengenai penginapan kerana Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur merupakan penaja rasmi penginapan untuk 'Konsert 30 Tahun Wings' ini.

Pihak hotel terkemuka itu turut menawarkan pakej penginapan serta tiket konsert kepada para peminat dengan harga yang sangat istimewa.


Sumber Dari  : Media Hiburan