Click on the slide!

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Konsert Wings 30 Tahun

Click on the slide!

WINGS Versi Tanpa Distortion

8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

WINGS Versi Tanpa Distortion 8 Jun 2014 @ PICC Putrajaya - 8.45 malam

Click on the slide!

MENAKLUK KOSMOS

Album studio WINGS yang ke-17

Syukur Alhamdulillah 22/5/2014 mencatat detik bersejarah buat kita semua. Album studio WINGS yang ke 17 mula menakluk pasaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Login Form



Who's Online

We have 42 guests online

Tahun 2009 sekali lagi menyaksikan Kumpulan Wings menjadi duta kepada Syarikat Ed Scuba dan mempromosikan satu program besar di tanah air iaitu “Merdeka Coservation Dive 2009”, yang akan diadakan di Pulau Redang, Terengganu dari 14hb. – 16hb. Ogos 2009. Setiap anggota Kumpulan Wings akan melakukan selaman skuba pada tarikh tersebut dan akan melakukan aktiviti pembersihan pantai, pemuliharaan terumbu karang dan penanaman terumbu tiruan bersama peserta-peserta lain.

 

 

Disamping itu juga, Kumpulan Wings akan memberikan ceramah kesedaran terhadap penjagaan pantai kepada pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

 

Kumpulan Wings telah membuktikan dan menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu ‘Skuba Diving’ dan telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar kalangan remaja Malaysia dalam menerapkan nilai-nilai murni untuk memelihara & memulihara alam sekitar serta khazanah laut.

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti ini akan menjadi satu aktiviti bersejarah bagi Kumpulan Wings sendiri kerana pada tahun ini, mereka akan meletakkan sebuah karang tiruan (artificial reef) yang memaparkan logo kumpulan mereka sendiri setelah 22 tahun bertapak di dalam industri muzik tanah air.